Sebagai seorang ibubapa yang mempunyai dua orang anak, cabaran bermula setelah anda menimang cahaya mata yang pertama. Ada banyak perkara yang anda perlu anda belajar dan kuasai untuk membesarkan anak pertama. Mujurlah ada laman web seperti Babycenter.com yang memberikan tips dan panduan untuk memudahkan dan mengenalpasti perkembangan anak.

Selain dari lampin, botol susu, pakaian, katil, tilam dan 1001 perkara, saya dapati 4 alat yang akan memudahkan urusan anda. Lebih-lebih lagi, sebagai seorang “Ayah”.

Berikut adalah 4 Alat yang saya rasa “Wajib” dimiliki.

Tong sampah khas Untuk lampin.

MasyaAllah, pernah tak anda buka penutup tong sampah yang penuh dengan lampin kotor? Tak dapat digambarkan betapa busuknya bau yang keluar dari tong tersebut.

Disini datangnya tong sampah khas untuk lampin. Bukan tong sampah biasa yang anda guna untuk buang kertas atau sisa-sisa makanan. Tong sampah khas ini berfungsi untuk memerangkap bau busuk dari lampin yang kotor akibat najis. Bukan itu sahaja, apabila anda hendak membuang isi apabila telah penuh, anda tidak perlu membuka penutup untuk mengikat beg plastik. Contohnya seperti gambar di sebelah.

Baby Rocker

Nampak macam tak ada keperluan, tetapi percayalah, dengan adanya baby rocker, anda boleh bawa anak anda dimana-mana ruang didalam rumah. Anda tidak perlu risau hendak meninggalkannya di dalam bilik tidur atau ruang tamu.

Tidak perlu lah anda mengendong anak sepanjang masa. Kalau tak, tak produktif langsung, sebab tangan tak bebas mendukung anak. Lagi-lagi nak masak.

Ada masanya, si manja tidak mahu dibaringkan. Si manja mahu melihat anda melakukan aktiviti di dapur. Ini gunanya baby rocker seperti didalam gambar.

Seterusnya…

Baby stroller.

Bagi saya, ianya adalah alat WAJIB dimiliki oleh setiap ibubapa. Keperluannya, tak perlu diulas panjang. Anda nak beriadah, nak shopping, nak berjalan di mana-mana sahaja menjadi mudah dengan adanya baby stroller.

Terus terangan, walaupun saya seorang Ayah, saya tak mampu nak dukung anak yang beratnya kini mencecah 12kg.

Pilih baby stroller berdasarkan umur baby anda. Beli ikut kemampuan. Stoller yang mana sesuai? Secara peribadinya, saya lebih suka yang jenis mudah disimpan, kompak dan tidak memakan ruang didalam kereta.

Ini baby stroller yang saya beli. Baby stroller jenis payung, Sweet Cherry Costa Stroller berwarna merah.

Dan yang terakhir, aksesori yang WAJIB dimilik oleh setiap pasangan adalah..

Baby Carrier

Boba Baby CarrierMengapa anda perlukan dapatkan satu baby carrier? Ada ketikanya anda akan pergi ke kawasan atau aktiviti dimana baby stroller tidak dapat digunakan kerana kawasan yang sempit, berumput, sesak dan sebagainya.

Baby carrierlah penyelamatnya.

Fungsi utama baby carrier selain daripada bawak baby, ianya bertujuan untuk membebaskan tangan supaya anda boleh melakukan aktiviti mudah.

Apabila membeli baby carrier, elakkan membeli baby carrier dibawah harga RM90 dan jangan bandingkan carrier murah dan carrier mahal.

Bezanya antara langit dan bumi. Anda dapat apa yang anda bayar. Lebih-lebih lagi, baby carrier yang harga murah, agak tidak selesa untuk anda dan baby anda.

Percayalah, saya dan isteri pertama kali beli baby carrier, beli yang murah,  tetapi dapat baby carrier yang tidak selesa dan sangat nipis padding. Tambahan pula tidak memenuhi piawaian keselamatan untuk baby bawah 4 bulan.

Ada 5 jenis baby carrier. Pilih carrier yang sesuai dengan bajet anda, keselesaan dan keselamatan.

Selepas pengalaman baby carrier pertama, kami beli Baby carrier jenama Boba (Boba 4G Baby Carrier – Wildflower, seperti didalam gambar) untuk anak pertama dan anak kedua, Dialogue Baby Sling.

Baby carrier Boba agak mahal sedikit, walaubagaimanapun, jika bajet anda dalam lingkungan RM150, saya cadangkan anda dapatkan Baby Carrier Dialogue Baby.

Jadi 4 aksesori tambahan ini, bagi saya satu keperluan dalam membesarkan anak anda yang sedikit sebanyak akan memudahkan anda dalam jangka masa panjang. Jangan fikir banyak untuk dapatkan aksesori tersebut, terutamanya baby stroller dan baby carrier.