5 Jenis Baby Carrier Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Membeli

Baby carrier moden datang dalam pelbagai gaya untuk memenuhi setiap rasa dan bajet.

Memilih carrier untuk dibeli boleh menjadi satu tugas yang amat memenatkan kerana terdapat begitu banyak pilihan dari segi gaya, warna, dan saiz.

Sebelum anda bercadang untuk membeli satu, lebih-lebih lagi jika ianya untuk pertama kali anda perlu pertimbangkan beberapa perkara.

Berapa lama anda bercadang untuk Babywear?
Adakah ianya digunakan untuk beberapa bulan pertama atau adakah ianya akan digunakan pada tahun pertama atau lebih lama?

Siapa yang akan menggunakan carrier itu?
Adakah ia boleh digunakan secara eksklusif oleh seorang penjaga atau adakah anda mahu sesuatu yang mudah bertukar-tukar antara penjaga dengan pelarasan yang minimum? Sesetengah carrier mempunyai saiz tertentu dan tidak sesuai untuk digunakan oleh penjaga yang berbeza saiz.

Adakah anda ingin untuk membeli hanya satu baby carrier sepanjang babywearing anda?
Adakah anda memerlukan lebih daripada satu carrier untuk situasi yang berbeza, umur, dan berperingkat-peringkat? Adakah anda sanggup berkorban kemudahan penggunaan?

Berapa bajet anda?
Kebanyakan baby carrier berkualiti tinggi dan ergonomik berharga antara RM 150 dan RM600. Oleh hal demikian, terdapat banyak pilihan mengikut budjet anda. Anda juga boleh dapatkan baby carrier “second-hand”. Pastikan ianya dalam keadaan yang baik. Elakkan membeli carrier dibawah harga RM90 kerana terdapat banyak carrier murah yang tidak selesa, kepada bahu anda dan juga kepada baby kerana padding yang nipis, material yang mudah koyak atau lusuh dan sebagainya.

5 jenis baby carrier yang biasa digunakan

  1. Wraps,
  2. Ring Slings,
  3. Pouch Slings,
  4. Mei Tais,
  5. Soft Structured Carriers.

 

1. WRAPS

baby carrier wrapWraps atau balutan adalah carrier yang paling tradisional dan paling mudah dari semua carrier. Ianya datang dalam pelbagai jenis kain seperti kapas, linen, dengan panjang yang berbeza-beza. Balutan boleh digunakan untuk membawa bayi, anak kecil atau kanak-kanak dalam pelbagai arah termasuk depan, belakang, dan pinggul.

Balutan mudah di laras untuk memenuhi keperluan khusus pemakai individu. Belajar untuk membalut mungkin kelihatan sukar pada mulanya walaubagaimanapun, lama-kelamaan ianya akan menjadi mudah.

Jenis kain dan rekaan corak memenuhi citarasa gaya estetik kepada pemakai. Kain yang ringkas ini menjadikan ianya sesuai untuk bayi yang baru lahir dan juga kanak-kanak pebagai peringkat umur.

 

2. SLING RING

baby carrier sling ringRing Sling atau sling cincin adalah adaptasi moden balutan tradisional dari Mexico, Indonesia dan budaya dari negara lain-. Sepasang logam atau nilon cincin di pasangkan dengan selamat pada penghujung kain yang panjangnya lebih kurang 2 meter. Pada penghujung bertentangan, di masukkan kedalam cincin logam tersebut dan di laraskan mengikut keselesaan pemakai.

Berat kanak-kanak mengunci cincin tersebut dan mengelakkan kain tergelincir. Slings Ring boleh didapati dalam pelbagai fabrik daripada kapas hinggalah sutera mewah. Baki panjang sling boleh digunakan untuk banyak perkara termasuk penghalang cahaya matahari, perlindungan nursing, selimut cahaya, dan pelbagai lagi kegunaan.

Slings Ring sesuai untuk bayi yang baru lahir.

 

3. SLING POUCH

baby carrier sling pouchSling pouch adalah tiub kain yamg ringkas, dipakai pada satu bahu seperti sling cincin tetapi tanpa keupayaan untuk melaras saiz sling setiap kali ia digunakan.

Sling Pouch tampak anggun, mudah untuk digunakan, murah, dan mudah untuk dibawa dalam beg lampin atau tas tangan. Walau bagaimanapun, kerana kantung yang bersaiz tetap, sukar untuk berkongsi antara ibubapa dan dipasang dengan betul untuk keselamatan dan keselesaan.

 

4. MEI TAI

baby carrier mei taiMei Tai salah satu bentuk baby carrier tradisional yang popular di sebahagian negara asia, terutamanya di china. Ia mempunyai panel kain dengan dua tali pendek yang lilit di sekitar pinggang dan dua tali lagi untuk melilit atas bahu. Mei Tai Modern diletakkan pad untuk keselesaan tambahan untuk pemakainya dan dan mempunyai rekaan corak yan menarik.

Oleh kerana ia tidak mempunyai “buckle” anda perlu mengikat setiap kali menggunakkannya.

Mei Tai sangat mudah untuk digunakan dan boleh dipasang menghadap ibu, ke depan dan juga sebelah pinggul kiri atau kanan. Sesuai dan selamat untuk baby baru lahir.

 

5. SOFT STRUCTURED CARRIER

baby carrier soft structured carrierSoft Structure Carrier (SSC) menggabungan keselesaan, kemudahan akses yang menarik perhatian pengguna.

Kebiasaannya, SSC mempunyai padding yang tebal, tali pinggang dan tali bahu untuk keselesaan, ergonomik dan boleh digunakan pada arah depan, belakang, dan pada pinggul kiri atau kanan.

Tali biasanya boleh laras untuk diketatkan dan ciri-ciri tambahan seperti tudung, poket depan, dan lain-lain.

SSC mudah untuk digunakan dan dipasang berbanding sling atau Mei Tai yang memerlukan kemahiran mengikat.

Sesetengah carrier memerlukan penggunaan sisipan bayi khas untuk bayi yang mempunyai berat badan dan saiz tertentu, tetapi kebanyakkan carrier berkualiti, ergonomik boleh digunakan sehingga umur 2 tahun.

Terdapat pelbagai jenis carrier yang sesuai mengikut bajet, citarasa dan gaya yang menjadikan ia jenis baby carrier yang paling popular.

Di FB page Umma Lacto ada Baby Carrier jenis Soft Structred Carrier (SSC) yang sesuai untuk baby umur 3 bulan ke atas. Klik sini