Mana-mana wanita yang telah bersalin akan mengatakan berasa sedikit pelik dengan perut mengeleber setelah 9 bulan dengan perut yang tegang.

Sepanjang 9 bulan mengandungkan anak, uterus membesar, kulit menegang, dan pinggul melebar, memberi kesan pada badan anda.

Hari-hari pertama pospartum adalah sesuatu perkara yang perlu dibiasakan. Pada masa itu, keseimbangan telah lari kerana tiada beban tambahan yang menarik badan kedepan.

Kedudukan tidur juga telah berubah kerana tiada bayi yang dikandung lagi didalam badan. Sehubungan itu, posisi tidur pra kehamilan tidak sesuai kerana perlu membenarkan uterus mengecut kembali ke asal.

Kita tidak terfikir selain uterus, kulit dan pinggul, bahagian otot juga terlibat sama berubah sepanjang 9 bulan kehamilan.

Disinilah datangnya fungsi bengkung untuk kembalikan bahagian teresbut kepada asal.

 

APAKAH BERBENGKUNG ?

Berbengkung adalah salah satu bahagian penting dalam pemulihan selepas kelahiran anak. Dengan menggunakan kapas, kain kasa atau kain sutera, perut anda dibalut dengan kain bertali sebagai sokongan kepada proses penyembuhan semula jadi badan anda.

Berbengkung secara tradisinya membantu badan selepas bersalin dengan memberi sokongan untuk membantu penarikan balik otot dinding perut, memperbaiki postur, mengetatkan kembali ligamen dan memberikan sokongan kepada tubuh badan dan organ-organ penting kembali ke saiz sebelum mengandung dan kedudukan asal mereka.

 

APAKAH FAEDAH BERBENGKUNG?
Terdapat beberapa manfaat berbengkung selepas bersalin, termasuk:

  • Memperbaiki recti diastasis – Menurut Klinik Mayo, semasa mengandung, rahim yang membesar akan mengembangkan otot di bahagian abdomen. Ini boleh menyebabkan dua jalur selari otot beasar yang bertemu di tengah-tengah abdomen terpisah – keadaan yang dipanggil diastasis recti atau diastasis recti abdominis. Bengkung membantu dalam kedua-dua jalur otot kembali kepada asal dan membolehkan Linea Alba, atau tisu penghubung, untuk mengukuhkan dan menyokong otot dengan lebih berkesan. kesan berbengkung
  • Sokongan Pelvik – Selain menyokong kawasan perut, bengkung juga memberikan sokongan kepada pelvis anda. Semasa melahirkan anak, tubuh wanita menghasilkan hromon yang dinamakan relaxin, yang membantu badan secara fizikal menjadi lebih longgar dan lebih fleksibel dalam usaha untuk melahirkan anak. Apabila berbengkung selepas bersalin, dengan memberikan tekanan terhadap relaxin, ia membantu bahagian pinggul dan pelvis kembali kepada keadaan sebelum kehamilan dengan lebih mudah.Ini juga membantu untuk mengukuhkan dan menyokong bahagian yang masih longgar dari kehamilan semasa apabila relaxin berkurangan didalam badan.
  • Sokongan bahagian bawah belakang – Kaedah Bengkung membantu dalam menyokong bahagian bawah belakang. Adalah diketahui umum bahawa otot abdomen mempunyai hubungan langsung kepada otot belakang. Menurut www.spine-health.com “… Otot-otot perut dan otot belakang adalah komponen utama rangkaian otot, dan memberikan kekuatan untuk mengekalkan badan posisi tegak dan untuk pergerakan. Apabila kedua-otot teras berada dalam keadaan tidak baik, kecenderungan kecederaan bahagian berlakang akan berlaku akibat tekanan tambahan pada tulang belakang.”. Dengan adanya sokongan abdomen,bahagian belakang juga disokong. Mempunyai sokongan bahagian bawah belakang membantu mengurangkan ketegangan dan memperbaiki postur.
  • Emosi/ Spiritual/ Penutupan – Ramai wanita menikmati proses menjaga badan mereka dan dapat memberi tumpuan kepada pemulihan dan proses penyembuhan. Pada ketika ini. mereka boleh mengambil kesempatan setiap hari untuk menjaga diri sendiri dengan diri yang baru dan peranan baru mereka sebagai seorang ibu. Ramai wanita menggunakan bengkung sebagai simbolik kehamilan penutupan kehamilan mereka.

 

DUA JENIS BENGKUNG YANG BOLEH DIGUNAKAN

Terdapat 2 jenis Bengkung yang digunakan oleh ibu-ibu selepas bersalin semasa pantang. Bengkung Tradisonal dan Bengkung Moden.

 

BENGKUNG TRADISONAL

Sebelum wujudnya perkataan moden, amalan zaman dahulu yang masih dipraktikan hingga sekarang, kain bertali digunakan dan diikat disekeliling abdomen semasa berpantang untuk memberi sokongan yang kukuh disekeliling bahagian peranakan.

Cara pemakaiannya memerlukan sedikit latihan kerana tali perlu di silangkan sebelum diikat. Jika pertama kali memamakinya, ia agak mencabar dan mengambil masa jika tidak pernah memakainya. Walaubagaimanapun, lama-kelamaan ia menjadi senang untuk dipakai.

 

BENGKUNG MODEN

Berdasarkan rekaan benkung tradisional, bengkung moden direka untuk memudahkan pemasangan dan menjimatkan masa. Biasanya, bengkung tradisional menggunakan pelekap velcro dan juga kain jenis elastik untuk memudahkan si pemakai.

Ianya lebih mudah dipakai dan dibuka jika dibandingkan dengan bengkung tradisional seperti didalam video dibawah:

 

Jika anda berminat untuk mendapatkan Bengkung Moden seperti didalam video, anda boleh dapatkan Bengkung Moden Opah di Laman kami disini: atau berhubung terus melalui agen kami di Facebook disini.

.

.

kredit image: http://www.tulsafamilydoulas.com/blog/2015/1/23/postpartum-belly-binding, Mypermatahati.com